Thursday, December 10, 2009

Buku 4: Ku Berserah

Title : Ku Berserah
Author: Ummi Ariza
Publisher: Buku Prima Sdn Bhd
Price: RM 17.90
First Print : 2009

Novel "Ku Berserah" tulisan Ummi Ariza ini saya beli ketika berkunjung ke MPH, Section 13 Giant Shah Alam baru-baru ini. Pergi ke sana nak beli barang dapur di Giant, singgah sekejap di MPH. Belek-belek buku, ada pulak yang berkenan. Jadi terus beli.

Saya sebenarnya mencari kalau-kalau ada buku terbaru terbitan NB. Tapi tak ada pula di sana, jadi terbelilah buku Ku Berserah terbirtan Buku Prima Sdn Bhd setelah membaca sinopsisnya. Rasanya ini kali pertama saya baca buku tulisan Ummi Ariza ni. Gaya tulisannya boleh tahan, tapi rasanya saya dah pernah terbaca kisah yang seakan serupa, tetapi dah lupa apa tajuknya.

Buku ini berkisar tentang perkahwinan yang dirancang oleh kedua orang tua. Masing-masing tidak berani menolak kerana takut untuk menentang keputusan yang di ambil oleh orang tua mereka. Sebelum mereka bernikah, Fahrin dan Safiyah sering terserempak secara tidak sengaja, tetapi ketika itu mereka tidak tahu yang mereka bakal dinikahkan. Hanya waktu akad nikah barulah mereka perasan yang mereka pernah bersua muka sebelum ini.

Fahrin sebenarnya sudah terpikat dengan Safiyah sejak dari awal lagi, tambah pula isterinya itu tergolong dalam golongan cantik. Tapi kerana keegoan dan tidak dapat melupakan kekasih hati, Fahrin menetapkan tempoh perkahwinannya dengan Safiyah untuk tempoh setahun, kemudian dia akan melepaskan Safiyah. Hubungan mereka hanyalah untuk mengaburi mata orang tua mereka.

Watak dalam cerita ini tidak terlalu banyak, ianya berkisarkan kehidupan Safiyah dan Fahrin setelah mereka berpindah ke rumah sendiri. Safiyah tetap menjaga makan pakai Fahrin walaupun dia sering dikasari oleh lelaki itu. Fahrin sering berprasangka terhadap Safiyah.

Jalan ceritanya agak menarik sehingga saya tak sabar nak menghabiskannya. Saya terpaksa besekang mata tidur lewat semata-mata nak tahu kesudahannya.

Pada pendapat saya, walaupun sebuah perkahwinan itu diaturkan oleh oarang tua  atau 'arrange marriage'. Kita harus menerima pasangan kita seadanya dan berlajar untuk menyintai dan menyayangi antara satu sama lain. Jika kita sudah ada pilihan hati sebelum ini, cubalah lupakan secara perlahan-lahan. Jangan kerana sikap ego yang menebal, kita menafikan kasih sayang yang sudah berputik dengan pasangan kita.

Kalau boleh janganlah menetapkan tempoh perkawinan itu, i.e. kahwin kontrak. Jika memang tidak sefahaman walaupun telah mencuba hidup bersama barulah pertimbangkan untuk berpisah. Jangan nanti dah bercera-berai barulah menyesal. Hidup kita ini terlalu singkat untuk dipersia-siakan.

Sekian. Jumpa lagi.

Book 3: Biarlah YM Berbicara

Title : Biarlah YM Berbicara

Author: Hanni Ramsul
Publisher:  Kaki Novel Enterprise
Price: RM 20.00
First Print : NA

Buku ni saya pinjam dari officemate. Kami memang selalu bertukar-tukar buku/novel. Boleh tahan juga ceritanya. Tapi lebih banyak dialog daripada penceritaan. Intresting..kisah seorang gadis bernama Adiya yang jatuh hati pada si jejaka (Firdaus) melalui alam maya, iaitu melalui perbualan-perbualan di aplikasi Yahoo Messanger. Tanpa disedari lelaki tersbut adalah majikannya.

Firdaus sebenarnya dah tahu 'Ugly Betty' sebenarnya adalah Adiya. Jadi lebih senanglah dia mengatur strategi untuk memikat Adiya. Adiya pula hanya dapat tahu 'Charming' adalah majikannya apabila rahsia itu dibocorkan oleh adik Firdaus secara tidak sengaja.

Seperti biasa percintaan mesti ada ranjau dan durinya, Adiya merajuk dan bertindak berhenti kerja apabila dapat tahu 'Charming' dan Firdaus adalah orang yang sama. Jadi seperti cerita-cerita yang lain mesti ada proses pujuk memujuk. Nak tahu cerita selanjutnya....kenalah beli buku ni. Nanti marah pulak pernerbit kalau saya cerita banyak di sini.

Secara keseluruhan buku ni okay...tapi mungkin lebih sesuai untuk remaja atau adik-adik yang dalam 20an. Macam saya yang dah dalam 30an lebih suka buku yang lebih mencabar seperti kisah rumah tangga yang bergolak dan yang sewaktu dengannya.

Nak tahu rahsia? Saya pun berkenalan dengan suami dulu melalui internet, tetapi bercinta di luar internet. Alhamdulillah dan empat tahun kami berumah tangga. Biasalah salah faham tetap ada, tapi pandai-pandailah menyelesaikannya.

Tapi bukan semua perkenalan melalui alam maya ini memberi bibit-bibit manis. Banyak juga yang menjadi mangsa penipuan dan dikecewakan. Jadi sentiasalah berhati-hati, jangan terlalu mudah percaya. Kalau nak jumpa biarlah di tempat awam dan jangan mudah terpedaya.

Sekian. Wassalam.





Wednesday, December 2, 2009

Lama tak update Blog

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua. Lama betul saya tak update blog ni. Sebabnya...memang busy sesangat. Anak yang kecil masuk hospital buat kali ke-2 minggu lepas sebab demam panas...kerja kat ofis pun bertimbun-timbun..Alahai..

Raya Haji yang lepas ada buat Aqiqah untuk baby Auni kat kampung sebelah suami di Kodiang. Kami tak buat kenduri pun di rumah tapi tumpang kenduri yang di buat oleh Pak Lang sekeluarga...sebelah rumah tok saja..kalau dua-dua rumah buat kenduri nanti tak larat pulak orang nak datang yer.

Seronok juga balik kampung..tapi Auni asyik nangis jer, nak tinggal pun susah especially fisrt day. Mungkin dia belum biasa dengan surrounding kat sana. Second day dan seterusnya getting betterlah. Cuaca masa kami kat sana memang agak panas. Cuma masa third day aje hujan lebat pada sebelah petang.

Malamnya kami beramai-ramai ke Kuala Perlis untuk makan malam. Pak Lang belanja. Menunya sotong goreng tepung, siakap steam, jenahak bakar dan sayur campur. Rasanya boleh tahanlah. Tapi kalau sesiapa pergi ke Kuala Perlis, patut singgah makan di Restoran Linda. Ikan Jenahak bakar dia memang best makan dengan kari. Balik kali ni kami tak sempat sebab masa terlalu singkat.

Nasib baik Auni tidur sepanjang berada di restoran tu. So dapatlah saya dan suami makan dengan aman damai. Batriesya pula memang enjoy sakan bermain dengan sepupu-sepupu suami.

Nanti saya akan buat preview untuk "Biarlah YM Berbicara". Tak berani nak janji bila...takut mungkir lagi.
Jumpa lagi....

Tuesday, November 17, 2009

Novel lagi

Hari ni saya baru habis baca  "Biarlah YM Berbicara" terbitan  Kaki Novel. InsyaAllah dalam sehari dua kalau sempat bolehlah bagi review...my first comment is: not bad  for a first novel . Hanna Ramsul did very well.

Today Batriesya locked pintu bilik air dari dalam dan dia tutup pintu..nasib baik dia kat luar. But we could not find the keys...so terpaksalah panggil locksmith datang rumah. Tak pasal-pasal terbang RM40.00. For me it is too expensive for 10 minutes work (maybe less)...location rumah pun tak sampai 1km from the shop...mahal juga yer service locksmith ni.

InsyaALLAH malam ni nak baca buku baru...."Rahsia Pemasaran Facebook" tulisan Nasrul Amri Samsudin and published by Truewealth Publishing. Tak tahu dalam berapa lama boleh khatam buku ni. Hope not more than two weeks...so better mula baca sekarang.

Wassalam.


Monday, November 16, 2009

Book 2 : Aku Bukan Billy Milligan

Title : Aku Bukan Billy Milligan
Author: Norhayati Berahim
Publisher: NB Kara Sdn Bhd
Price: RM 25.90
First Print : 2009

Novel ini saya beli di MPH SACC Shah Alam. Saya selalunya jarang miss buku tulisan Norhayati Berahim (NB) ni. Mulanya agak kurang yakin jugak nak beli buku ni, mungkin sebab tajuknya yang agak berbeza dari buku-buku NB yang lain. Buku terakhir karya NB yang saya baca adalah "Setiap Jumaat".
Saya nak tahu sangat siapa Billy Milligan (BM) ni, jadi saya pun search di google.com.my. Kalau siapa dah baca tulisan saya minggu yang lepas mesti dah tahu siapa Billy Milligan kan? Kalau yang belum dan berminat nak tahu bolehlah rujuk post saya terdahulu.

Novel Aku Bukan Billy  Milligan (ABBM) ni mengisahkan Adam dan Laura yang dibesarkan tanpa bapa. Mereka hidup susah ketika kecil dan dan hanya mendapat kasih sayang seorang ibu. Ibu Adam  meninggal dunia dan dia terpaksa meneruskan kehidupan di rumah anak yatim. Manakala Laura dan adik-adiknya dibesarkan dengan usaha tulang empat kerat ibunya.

Bila dewasa Adam dan Laura berjaya dalam kerjaya masing-masing. Disebabkan keinginan untuk berjaya dan kegetiran hidup dimasa lalu menyebabkan kedua-duanya berusaha gigih untuk merubah nasib mereka. Pengajaran utama yang boleh kita dapat bila baca buku ni adalah kita masih boleh mengecapi kejayaan dan kemewahan walaupun berasal dari keluarga yang susah. 'Hendak seribu daya,,tak hendak seribu dalih'.

Tapi saya dapati perjalanan hidup watak Laura agak "smooth". Tidak banyak rintangan yang dihadapi, ada sahaja perkara-perkara kebetulan yang memudahkan perjalanan hidup Laura. Ada ke orang yang baru kita kenal nak bagi kereta secara percuma? Mungkin satu dalam sejuta atau berjuta-juta. Laura juga terlalu baik orangnya, sangat suka membantu dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Alangkah baiknya jika kita mempunyai sahabat seperti Laura di luar sana!

Saya tak tahu watak siapa yang nak disamakan dengan BM kerana BM merupakan seorang yang mempunyai multiple personalities yang berpewatakan kejam seperti merogol dan merompak, walhal watak-watak dalam ABBM tidak mempunyai karakter negatif seperti itu.

Mungkin watak yang paling sesuai yang mempunyai personaliti berganda dalam novel ini adalah Adam. Kenapa? Kerana penulis menggambarkan Adam sebagai seorang yang mempunyai perwatakan berbeza-beza. Sekejap dingin macam air batu, sekejap ceria, dan sekejap lagi boleh bertukar menjadi seorang yang sensitif dan kemudian sebagai seorang pemarah pula.

Secara keseluruhan saya enjoy baca buku ini, tidak terlalu jiwang, banyak pengajaran yang boleh kita pelajari terutama dari watak ibu  Laura. Sebenarnya banyak lagi watak-watak lain dalam buku ini. Terlalu ramai jika nak ditulis satu persatu.

Jika nak tahu bagaimana Adam bertemu Laura dan akhirnya bersahabat dan bercinta, jangan lupa dapatkan buku ini di pasaran. Buku ini agak tebal ye, 770 halaman.

Boleh visit http://www.nbkara.com.my/ jika nak tengok sinopsis buku-buku tulisan Norhayati Berahim dan juga penulis-penulis NB Kara yang lain.

Selamat membaca!





Sunday, November 15, 2009

Anak Masuk Hospital..

Assalamualaikum.
Nampaknya tergendala lagi untuk update review "Aku Bukan Billy Milligan" (ABBM). Minggu lepas anak masuk hospital sebab kena bronkitis. Alhamdulillah..dah bertambah baik dan semalam dah keluar dari hospital.

Saya cubalah secepat mungkin update review buku Norhahati Berahim tu. Tapi kali ni tak dapat nak scan kulit buku tersebut sebab scanner dah hantar rumah baru.

Kat hospital baru-baru ni dapatlah habiskan buku Sharifah Abu Salem yang beli 2 minggu lepas. Sekarang ni tengah half way baca buku "Biarlah YM Berbicara" tulisan Hanni Ramsul. Kalau tak silap ini first book beliau.

Harap sangat dapat update review  ABBM dalam minggu ni... Sekian dulu. Wassalam.

Tuesday, November 3, 2009

Demam Pindah Rumah

Sejak last week memang busy memanjang...hari jumaat terpaksa cuti untuk cuci rumah sebab hari Sabtu dah nak kena angkat barang dari rumah sewa di Puncak Alam sebab owner dah jual rumah tu. 

Pagi Jumaat pi beli barang kat kedai hardware, then pergi rumah Mak Cik yang nak berangkat ke Tanah Suci malam Jumaat tu.  Sorrylah tak dapat hantar ke Kelana Jaya kerana masa tak mengizinkan. Start cuci rumah dalam pukul 3 ptg dan settle dah dekat 12 mlm. Tak boleh start awal sebab tangki bocor, nak kena tunggu repair dulu.

Nasib baik ada sepupu suami tolong...kalau tak tak tahulah macam mana. Esok tu angkat barang dari rumah Puncak Alam dan Shah Alam ke Kinrara...adoi penatnya...walaupun kerja mengangkat yang berat-berat dilakukan oleh orang lori..tapi tetap penat gak. Nasib baik ada kawan-kawan husband yang datang tolong angkat barang di Kinrara.

Kami kat sana sampai 12 malam, cuci bilik air dan porch. Sisa-sisa simen masih banyak, so terpaksa guna asid. Baunya menusuk hidung, nasib baik ada bekal mask kat dalam kereta.

Hari Isnin terus demam dan sakit-sakit badan. So tak dapatlah nak update book review "Aku Bukan Milly Billigan" walaupun dah habis baca hari Khamis lepas.

Banyak kerja masih belum settle...unpack belum lagi ni. This weekendlah kot..InsyaAllah.

Thursday, October 29, 2009

Who is Billy Milligan?

Selamat bertemu kembali!
Seperti saya, mesti ada yang tertanya-tanya siapa Billy Milligan yang menjadi  tajuk buku Norhayati Berahim kali ini. Untuk dapat maklumat, saya pun Google lah. Kat bawah ni info yang saya dapat melalui Wikipedia.

Billy Milligan atau nama sebenarnya William Stanley Milligan berasal dari Miami Beach Amerika Syarikat dilahirkan pada tahun 1955. Apabila ayah Billy yang bernama Johnny membunuh diri pada tahun 1959, ibu Billy, Dorothy membawa Billy dan adik-beradiknya ke Ohio. Kemudian pada tahun 1963 Dorothy berkahwin dengan Chalmer Milligan. Chalmer pernah dibicarakan dan disabitkan atas kesalahan mendera Billy.


Billy menjadi terkenal apabila kes jenayah yang melibatkannya dibicarakan di Mahkamah  Ohio dan diberi publisiti meluas olah pihak media massa. Dia didakwa di atas kesalahan merogol dan melakukan rompakan bersenjata. Semasa dalam proses penyediaan hujah pembelaan, dia telah di diagnosed mempunyai multiple personality disorder. Milligan mengaku dia mempunyai mental illness (insanity) dan dua personaliti dalam dirinya telah melakukan jenayah tanpa personaliti yang lain mengetahuinya. Pelik, tetapi benar...:))

Penulis biografi "The Minds of Billy Milligans" iaitu Daniel Keyes mendakwa Billy telah mempunyai multiple personallity semenjak dia berumur lima tahun lagi. Pada masa tu, Billy mempunyai tiga personality iaitu (no name boy, Christene & Shawn).

Tahun 1975, Billy dipenjarakan di Lebanon Correctional Institution di Ohio atas kesalahan merogol dan rompakan bersenjata. Pada awal 1977, dia telah dibebaskan dengan parol. Billy juga diarahkan untuk mendaftar sebagai "sex offender". Pada tahun yang sama Billy telah ditahan kerana merogol tiga wanita di kampus Ohio State University.

In the course of preparing his defense, Billy went through  a psycological examinations by Dr. Willis C. Driscoll. Doktor ni telah diagnos Billy dan didapati Billy mempunyai  'acute schizophrenia'. Dia kemudian dirawat oleh Dr. Dorothy Turner. Sakali lagi dia didapati menghidap 'multiple personality disorder'.

Milligan telah dihantar ke beberapa hospital mental untuk menjalankan rawatan, antaranya Athens Lunatic Asylum. Dekat hospital ni sahaja, dia dilaporkan mempunyai 10 personaliti berbeza. Kemudian 14 lagi personaliti lain dikesan dalam diri Billy Milligan. Antaranya Arthur, a prim & proper Englishman; Allen, a con artist & manipulator;Ragen Vadascovinish , a Yugoslavian communist; Adalana , a 19 year old lesbian who craved affection and who allegedly committed the Rapes.

Selepas sedekad menjadi penghuni hospital mental, Billy Milligan akhirnya dibebaskan pada tahun 1988. Sekarang Milligan tinggal di California  dan mengusahakan sebuah produksi perfileman, Stormy Life Production (mungkin menggambarkan kehidupannya yang penuh bergelora). Dia mendakwa dia masih menderitai penyakit pesonaliti berganda.

Tetapi watak dalam novel Norhayati Berahim ini tidaklah kejam seperti Billy Milligan!

Sumber Rujukan : Wikipedia

Wednesday, October 28, 2009

Buku Baru

Petang tadi singgah di kedai buku NZ di Dataran Maybank, Bangsar. Tujuan asal nak beli coklat atau biskut untuk anakanda tersayang...tapi terpadang pulak satu buku tulisan Sharifah Abu Salem...salah seorang penulis 'otai' yang menjadi favorite saya sejak dulu.

Jadi tanpa melepaskan peluang saya terus beli buku tersebut. Judulnya "AKU CINTA DIA" terbitan Alaf 21.Tapi sekarang ni saya masih lagi dalam proses nak menghabiskan novel "AKU BUKAN BILLY MILLIGAN" by Norhayati Berahim. Rasa-rasanya esok dah boleh khatam kot....semalam baca dari pukul 1.30pg sampai 4.30pg..kebetulan tak boleh tidur pulak lepas susukan Auni.

So InsyaAllah..saya akan buat ulasan buku Norhayati Berahim this weekend...Selamat Berhujung Minggu.

Sunday, October 25, 2009

Busy! Busy! Busy!

Salam semua.

A busy weekend..tak sempat sangat nak membaca buku. Semalam pergi kenduri Mak sedara nak pergi Mekah...pastu anak pulak demam..bawak dia pergi klinik. Rupanya ear infection. Nasib baik pergi klinik...ingat nak bagi ubat demam yang dah ada jer.

Hari ni nasib baik Tisya dah ok...dah takde temperature. So keluar dengan husband gi survey perabot & electrical appliances. So still no reading for today even pembalut buku dah pun di buka sejak tengahari tadi.

InsyaAllah dalam sehari dua ni kalau sempat nak baca novel by Norhayati Berahim "Aku Bukan Billy Milligan". Sejak dulu memang enjoy her writing...hope this one pun tak menghampakan.

Dah habis baca nanti I will write the review. So tungguuuu.....

Thursday, October 22, 2009

Book 1 : 101 IDEA BISNES Home Based




Title : 101 Idea Bisnes Home-Based

Author: Junaidah Hamdan

Publisher: PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Price: RM20.00

Cetakan Pertama: 2009


Saya beli buku ini di MPH SACC Mall Shah Alam beberapa minggu yang lalu. First time saya baca buku yang ditulis oleh Junaidah Hamdan. Sebelum ini, Junaidah menulis buku yang bertajuk "Buat Duit dengan Restoran", tetapi saya belum pernah baca buku tersebut walaupun sering ternampak di kedai-kedai buku.


Saya memang minat berniaga, jadi saya buat keputusan untuk membeli buku 101 Idea Bisnes. Tak sia-sia saya beli buku ini kerana ia mengandungi pelbagai idea bisnes yang menarik dan amat sesuai jika kita ingin mulakan dirumah. Cuma kita perlu pilih apa kita minati dan padankan dengan kemahiran yang kita ada...tepuk dada tanya selera.


Buku ini tebalnya 310 halaman. Saya ambil masa dalam tiga hari untuk habiskan pembacaan. Maklumlah, masa terhad, mana nak uruskan anak-anak lagi. So selalunya saya baca sebelah malam sebelum tidur.


Di sini, saya catatkan sebahagian kecil daripada idea bisnes yang terkandung dalam buku ni,
1. Perkhidmatan Hiasan Dalaman
2. Sulaman dan Jahitan Manik
3. Pakar Pemasaran di Internet
4. Perkhidmatan Penyenggaraan Komputer
6.Perancang Majlis
7. Perkhidmatan Fotografi (bidang ini diceburi oleh adik ipar saya dan sangat berjaya)
8. Jagaan Harian Warga Emas
9. Perunding Sumber Manusia
10. Cenderahati untuk Majlis Keraian.


Itu hanyalah sepuluh dari 101 idea perniagaan yang diutarakan oleh Junaidah Hamdan. Penulis juga beri tips dan langkah-langkah untuk memilih bisnes di rumah yang bersesuaian dengan diri masing-masing. Selain tips, Junaidah turut menulis tentang panduan meletak harga, teknik pemasaran dan pegiklanan, kelengkapan asas yang perlu untuk bisnes yang ingin diceburi, latihan, pengalaman & kemahiran yang perlu untuk menjalankan bisnes tersebut, sasaran pelanggan dan juga tip kejayaan.


Buku ini memang sesuai jika anda bercadang untuk memulakan perniagaan di rumah, tapi masih tercari-cari bisnes yang ingin diceburi. Mungkin lepas baca bukuni idea akan datang mencurah-curah, manalah tahu kan? Saya pun dapat satu idea bisnes baru yang sesuai untuk diri saya lepas baca buku ini. InsyaAllah jika dah jadi kenyataan nanti, saya akan war warkan kepada anda semua.


Sebelum Hari Raya yang lepas, saya ada ceburi satu bidang bisnes. Saya jual pakaian kanak-kanak dan tudung melalui website dan juga pada kenalan-kenalan saya. Kalau nak layari website saya silalah ke http://www.pelangibazaar.com/ manalah tahu kalau ada yang berkenan di hati.


Sampai di sini sahaja ulasan buku untuk kali ini. Jika ada mempunyai sebarang komen atau nak kongsi idea tentang bisnes dari rumah, silalah berbuat demikian.
Selamat Maju Jaya

Selamat Datang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Welcome to my blog.
Aim of this blog is to do book reviews/ulasan buku. Apa saja jenis buku...can be novels (romantic,fiction,horror..etc) motovational books,buku-buku agama,panduan cari duit/tambah pendapatan, buku masakan...senang cerita what ever books as long as tidak memberikan impact negatif kepada pembaca.

Anda semua boleh mencadangkan buku-buku menarik untuk dibaca dan saya mengalu-alukan jika anda semua boleh memberikan sendikit ulasan atau pendapat.

Sebelum terlupa saya ingin maklumkan bahawa Ekspo Buku Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan akan diadakan di Putrajaya pada 22-23 Oktober 2009. Ianya dianjurkan oleh DBP bertempat di Dewan Melati Perbadanan Putrajaya dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Info ini saya dapat dari Jemari Seni. So kalau berkesempatan bolehlah berkunjung ke ekspo buku tersebut. Saya dulu pantang ada pesta buku, mesti nak pergi, selalunya beli novel dari Creative Publishing...awal 1990-an dulu tak bayak penerbit novel Melayu. Sekarang macam-macam ada...cuma kena pandai pilih, takut terbeli yang ceritanya entah apa-apa.

InsyaAllah dalam sehari dua ni saya akan publish review sebuah buku bertajuk "101 IDEA BISNES HOME-BASED" yang ditulis oleh Junaidah Hamdan terbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd.