Title : 101 Idea Bisnes Home-Based
Author: Junaidah Hamdan
Publisher: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Price: RM20.00
Cetakan Pertama: 2009
Saya beli buku ini di MPH SACC Mall Shah Alam beberapa minggu yang lalu. First time saya baca buku yang ditulis oleh Junaidah Hamdan. Sebelum ini, Junaidah menulis buku yang bertajuk "Buat Duit dengan Restoran", tetapi saya belum pernah baca buku tersebut walaupun sering ternampak di kedai-kedai buku.
Saya memang minat berniaga, jadi saya buat keputusan untuk membeli buku 101 Idea Bisnes. Tak sia-sia saya beli buku ini kerana ia mengandungi pelbagai idea bisnes yang menarik dan amat sesuai jika kita ingin mulakan dirumah. Cuma kita perlu pilih apa kita minati dan padankan dengan kemahiran yang kita ada...tepuk dada tanya selera.
Buku ini tebalnya 310 halaman. Saya ambil masa dalam tiga hari untuk habiskan pembacaan. Maklumlah, masa terhad, mana nak uruskan anak-anak lagi. So selalunya saya baca sebelah malam sebelum tidur.
Di sini, saya catatkan sebahagian kecil daripada idea bisnes yang terkandung dalam buku ni,
1. Perkhidmatan Hiasan Dalaman
2. Sulaman dan Jahitan Manik
3. Pakar Pemasaran di Internet
4. Perkhidmatan Penyenggaraan Komputer
6.Perancang Majlis
7. Perkhidmatan Fotografi (bidang ini diceburi oleh adik ipar saya dan sangat berjaya)
8. Jagaan Harian Warga Emas
9. Perunding Sumber Manusia
10. Cenderahati untuk Majlis Keraian.
1. Perkhidmatan Hiasan Dalaman
2. Sulaman dan Jahitan Manik
3. Pakar Pemasaran di Internet
4. Perkhidmatan Penyenggaraan Komputer
6.Perancang Majlis
7. Perkhidmatan Fotografi (bidang ini diceburi oleh adik ipar saya dan sangat berjaya)
8. Jagaan Harian Warga Emas
9. Perunding Sumber Manusia
10. Cenderahati untuk Majlis Keraian.
Itu hanyalah sepuluh dari 101 idea perniagaan yang diutarakan oleh Junaidah Hamdan. Penulis juga beri tips dan langkah-langkah untuk memilih bisnes di rumah yang bersesuaian dengan diri masing-masing. Selain tips, Junaidah turut menulis tentang panduan meletak harga, teknik pemasaran dan pegiklanan, kelengkapan asas yang perlu untuk bisnes yang ingin diceburi, latihan, pengalaman & kemahiran yang perlu untuk menjalankan bisnes tersebut, sasaran pelanggan dan juga tip kejayaan.
Buku ini memang sesuai jika anda bercadang untuk memulakan perniagaan di rumah, tapi masih tercari-cari bisnes yang ingin diceburi. Mungkin lepas baca bukuni idea akan datang mencurah-curah, manalah tahu kan? Saya pun dapat satu idea bisnes baru yang sesuai untuk diri saya lepas baca buku ini. InsyaAllah jika dah jadi kenyataan nanti, saya akan war warkan kepada anda semua.
Sebelum Hari Raya yang lepas, saya ada ceburi satu bidang bisnes. Saya jual pakaian kanak-kanak dan tudung melalui website dan juga pada kenalan-kenalan saya. Kalau nak layari website saya silalah ke http://www.pelangibazaar.com/ manalah tahu kalau ada yang berkenan di hati.
Sampai di sini sahaja ulasan buku untuk kali ini. Jika ada mempunyai sebarang komen atau nak kongsi idea tentang bisnes dari rumah, silalah berbuat demikian.
Selamat Maju Jaya
No comments:
Post a Comment