Thursday, March 18, 2010

Ist Day At College

Pagi ni keluar awal dari biasa coz nak kena hantar adik gi college...Sunway College. Actually her first day so "oreintation day" lah kan! Kelakar tengok galagat dia..nervous giler! Mana tak nervous..first day menempuh alam baru. Good bye school days!! Well, good luck to you Dina. College days would be the best times of your life, mark my word.

Teringat zaman study dulu…lepas jer dapat offer dari Yayasan YPM, ikut Intensive English course dekat Mara Language Academy (MLA) for six months, the course lansung tak stressful, fun adalah. After complete the course pergi YPM Trolak. Memang jauh dari hiruk pikuk kota..tapi menyeramkan pun ada tempat tu. Macam-macam cerita dengar..my own experience pun ada…ehehehe. Lacturer sumernya Irish. Mula-mula sudah gak nak nak faham slang depa…pastu lama-lama dah ok…

Yang bestnya lecturer mat Salleh ni dia orang jenis sempoi…tak berprotokol sangat, panggil nama jer..tak perlu panggil ‘sir’ pun. Masa kat Trolak, weekend kalau tak balik KL (rumah mak cik/ rumah kawan) kami selalunya buat trip ke Tanjung Malim, tak pun ke Slim River jer. Kat sana memang pekan kecil, so paling lama pun meronda pun 2-3 jam saja, kalau lelama pun boring coz takde tempat nak pergi.

Lepas setahun kat Trolak, kami semua di pindahkan ke YPM Cheras, kat Taman Shemelin. Bila dah duduk KL ni panjang sket lah langkah. Selalunya tempat we all lepak kat area SOGO. Tahu tak kenapa? Sebab time tu kalau dapat cek scholarship/loan MARA, paling senang nak cash terus cek tu adalah di Bank Bumiputra (now known as CIMB) cawangan Pertama Kompleks. So selalunya lepas dah cash cek kami akan pergi shopping di SOGO then makan di Restoran Insaf. Masa tu nasi beriani baru RM5.00, sekarang rasanya dah more than RM10. Tapi kalau dapat makan tu memang heaven betul! Sedap tak terkata. My favorite is ayam goreng with kuah ayam madu..perh bestnya! (sambil menelan air liur…Yang bila kita nak gi Insaf?)

Lepas habis Diploma @ YPM, then kami beramai-ramai pergi ke Dublin for Degree and Professional Exams…some ambil ACCA and some took CIMA. Paling best of courselah masa di Dublin, kami duduk rumah sewa, semua 5 orang, so hari-hari take turn masak. Kadang-kadang tu adalah juga pergi makan kebab di Kedai Pak Arab. Tinggal kat Dublin ni seronok sebab ramai Melayu, so tak lah rindu sangat pada tanah air. Raya and puasa kat sana pun seronok, meriah sakan! Masa dulu, takde FB or Freindster. So kebanyakkan orang pakai MIRC kalau nak chatting...kenal my beloved husband pun through MIRC lah :))

Kalau ikutkan memang banyak nak cerita..tapi tangan ni dah lenguh menaip..maybe next time if ada topic yang sesuai kita boleh cerita lagi. Pada adik-adik yang baru masuk college/university, good luck. Perjalanan anda masih jauh. Enjoy your study time and jangan tension-tensionkan diri! Semoga berjaya dalam mengejar cita-cita murni anda. Bye



Monday, March 8, 2010

CUT THE CRAB

Salam Semua.  Sudah agak lama saya tak update blog ini kerana kekangan waktu. Di rumah pulah connection internet menggunakan P1 amat mengecewakan. Terlalu slow dan most of the time tiada connection lansung. Hari ni saya tidak mahu berbicara pasal buku kerana sudah agak lama saya tidak membaca/membeli sebarang buku baru. Beberapa kali ke MPH, tetapi tiada yang berkenan di hati.

Cut The Crab...sebuah restoran ekslusif baru yang bertempat di Section 13 Shah Alam. Tempatnya menarik dan sesuai jika kita ingin makan sambil bersantai dan berbual-bual. Tetapi sayang seribu kali sayang..hanya luarannya yang cantik tetapi service dan makanannya out!

Pada Jumaat yang lepas kami telah ke sana untuk makan malam sempena Majlis Harijadi ibu mertua. Suami begitu teruja untuk ke sana kerana tempatnya yang cantik & mendamaikan terutama pada waktu malam. Kami telah memesan ketam sweet & sour, tom yam, sayur, telur dada dan juga sate..hanya sate dan telur dadar sahaja yang ok yang lain ratingnya E. Amat mangecewakan...dan kami amat terkilan kerana pada malam tersebut kami sepatutnya meraikan majlis hari jadi di sana dan mengimpikan makanan yang sedap-sedap....kedai tom yam tepi jalan jauh lebih sedap dari tempat tersebut...Disebabkan kecewa kami tidak jadi memotong kek di sana, sebaliknya kek di bawa balik ke rumah dan dinikmati di rumah sahaja.

Pada pemerhatian saya, tuan punya restoran telah membelanjakan wang yang banyak untuk memperindahkan restoran tersebut. Oleh itu tidak salah jika dia mengupah tukang masak yang arif dalam menghidangkan makanan yang mampu memikat selera pengunjung...tom yamnya lansung tak ada kelas, macam pakai kiub knorr sahaja..ketam sweet & sour yang sepatutnya ada rasa masam dan manisnya hanya mempunyai rasa pedas semata-mata....

Sepatutnya empunya restoran berfikiran jauh...dan buat food testing sebelum membukanya kepada orang ramai. Setakat tempat sahaja cantik, tetapi makanan  tak dapat memikat selara para pengunjung, tiada gunanya. Orang mungkin hanya akan datang sekali dan tidak akan berkunjung lagi ke tempat tersebut. Tambahan pula ia kategori restoran mewah, jadi mungkin para pelanggan akan serik untuk menjamu selera di situ. Bagi saya not worth for money kerana rasa masakannya yang amat mengecewakan. Secara tidak lansung, dia kehilangan pelanggan dan gagal mendapatkan repeat customer.

Saranan saya kepada bakal pengusaha restoran...pastikan tukang masak yang diupah mampu menyediakan hidangan yang mampu memenuhi selera para pelanggan...jangan indah rupa dari rasa...

Wassalam.