Monday, March 8, 2010

CUT THE CRAB

Salam Semua.  Sudah agak lama saya tak update blog ini kerana kekangan waktu. Di rumah pulah connection internet menggunakan P1 amat mengecewakan. Terlalu slow dan most of the time tiada connection lansung. Hari ni saya tidak mahu berbicara pasal buku kerana sudah agak lama saya tidak membaca/membeli sebarang buku baru. Beberapa kali ke MPH, tetapi tiada yang berkenan di hati.

Cut The Crab...sebuah restoran ekslusif baru yang bertempat di Section 13 Shah Alam. Tempatnya menarik dan sesuai jika kita ingin makan sambil bersantai dan berbual-bual. Tetapi sayang seribu kali sayang..hanya luarannya yang cantik tetapi service dan makanannya out!

Pada Jumaat yang lepas kami telah ke sana untuk makan malam sempena Majlis Harijadi ibu mertua. Suami begitu teruja untuk ke sana kerana tempatnya yang cantik & mendamaikan terutama pada waktu malam. Kami telah memesan ketam sweet & sour, tom yam, sayur, telur dada dan juga sate..hanya sate dan telur dadar sahaja yang ok yang lain ratingnya E. Amat mangecewakan...dan kami amat terkilan kerana pada malam tersebut kami sepatutnya meraikan majlis hari jadi di sana dan mengimpikan makanan yang sedap-sedap....kedai tom yam tepi jalan jauh lebih sedap dari tempat tersebut...Disebabkan kecewa kami tidak jadi memotong kek di sana, sebaliknya kek di bawa balik ke rumah dan dinikmati di rumah sahaja.

Pada pemerhatian saya, tuan punya restoran telah membelanjakan wang yang banyak untuk memperindahkan restoran tersebut. Oleh itu tidak salah jika dia mengupah tukang masak yang arif dalam menghidangkan makanan yang mampu memikat selera pengunjung...tom yamnya lansung tak ada kelas, macam pakai kiub knorr sahaja..ketam sweet & sour yang sepatutnya ada rasa masam dan manisnya hanya mempunyai rasa pedas semata-mata....

Sepatutnya empunya restoran berfikiran jauh...dan buat food testing sebelum membukanya kepada orang ramai. Setakat tempat sahaja cantik, tetapi makanan  tak dapat memikat selara para pengunjung, tiada gunanya. Orang mungkin hanya akan datang sekali dan tidak akan berkunjung lagi ke tempat tersebut. Tambahan pula ia kategori restoran mewah, jadi mungkin para pelanggan akan serik untuk menjamu selera di situ. Bagi saya not worth for money kerana rasa masakannya yang amat mengecewakan. Secara tidak lansung, dia kehilangan pelanggan dan gagal mendapatkan repeat customer.

Saranan saya kepada bakal pengusaha restoran...pastikan tukang masak yang diupah mampu menyediakan hidangan yang mampu memenuhi selera para pelanggan...jangan indah rupa dari rasa...

Wassalam.


2 comments:

  1. uihh nasib baik x try.. terliur gak tengok menu.

    good review! harap² owner dia dapat bace laa posting nih hehe.

    ReplyDelete
  2. erm.. tapi denga kawan2 yg baru pegi dinner sane cakap best2 belaka... huhu

    ReplyDelete