Thursday, December 10, 2009

Buku 4: Ku Berserah

Title : Ku Berserah
Author: Ummi Ariza
Publisher: Buku Prima Sdn Bhd
Price: RM 17.90
First Print : 2009

Novel "Ku Berserah" tulisan Ummi Ariza ini saya beli ketika berkunjung ke MPH, Section 13 Giant Shah Alam baru-baru ini. Pergi ke sana nak beli barang dapur di Giant, singgah sekejap di MPH. Belek-belek buku, ada pulak yang berkenan. Jadi terus beli.

Saya sebenarnya mencari kalau-kalau ada buku terbaru terbitan NB. Tapi tak ada pula di sana, jadi terbelilah buku Ku Berserah terbirtan Buku Prima Sdn Bhd setelah membaca sinopsisnya. Rasanya ini kali pertama saya baca buku tulisan Ummi Ariza ni. Gaya tulisannya boleh tahan, tapi rasanya saya dah pernah terbaca kisah yang seakan serupa, tetapi dah lupa apa tajuknya.

Buku ini berkisar tentang perkahwinan yang dirancang oleh kedua orang tua. Masing-masing tidak berani menolak kerana takut untuk menentang keputusan yang di ambil oleh orang tua mereka. Sebelum mereka bernikah, Fahrin dan Safiyah sering terserempak secara tidak sengaja, tetapi ketika itu mereka tidak tahu yang mereka bakal dinikahkan. Hanya waktu akad nikah barulah mereka perasan yang mereka pernah bersua muka sebelum ini.

Fahrin sebenarnya sudah terpikat dengan Safiyah sejak dari awal lagi, tambah pula isterinya itu tergolong dalam golongan cantik. Tapi kerana keegoan dan tidak dapat melupakan kekasih hati, Fahrin menetapkan tempoh perkahwinannya dengan Safiyah untuk tempoh setahun, kemudian dia akan melepaskan Safiyah. Hubungan mereka hanyalah untuk mengaburi mata orang tua mereka.

Watak dalam cerita ini tidak terlalu banyak, ianya berkisarkan kehidupan Safiyah dan Fahrin setelah mereka berpindah ke rumah sendiri. Safiyah tetap menjaga makan pakai Fahrin walaupun dia sering dikasari oleh lelaki itu. Fahrin sering berprasangka terhadap Safiyah.

Jalan ceritanya agak menarik sehingga saya tak sabar nak menghabiskannya. Saya terpaksa besekang mata tidur lewat semata-mata nak tahu kesudahannya.

Pada pendapat saya, walaupun sebuah perkahwinan itu diaturkan oleh oarang tua  atau 'arrange marriage'. Kita harus menerima pasangan kita seadanya dan berlajar untuk menyintai dan menyayangi antara satu sama lain. Jika kita sudah ada pilihan hati sebelum ini, cubalah lupakan secara perlahan-lahan. Jangan kerana sikap ego yang menebal, kita menafikan kasih sayang yang sudah berputik dengan pasangan kita.

Kalau boleh janganlah menetapkan tempoh perkawinan itu, i.e. kahwin kontrak. Jika memang tidak sefahaman walaupun telah mencuba hidup bersama barulah pertimbangkan untuk berpisah. Jangan nanti dah bercera-berai barulah menyesal. Hidup kita ini terlalu singkat untuk dipersia-siakan.

Sekian. Jumpa lagi.

Book 3: Biarlah YM Berbicara

Title : Biarlah YM Berbicara

Author: Hanni Ramsul
Publisher:  Kaki Novel Enterprise
Price: RM 20.00
First Print : NA

Buku ni saya pinjam dari officemate. Kami memang selalu bertukar-tukar buku/novel. Boleh tahan juga ceritanya. Tapi lebih banyak dialog daripada penceritaan. Intresting..kisah seorang gadis bernama Adiya yang jatuh hati pada si jejaka (Firdaus) melalui alam maya, iaitu melalui perbualan-perbualan di aplikasi Yahoo Messanger. Tanpa disedari lelaki tersbut adalah majikannya.

Firdaus sebenarnya dah tahu 'Ugly Betty' sebenarnya adalah Adiya. Jadi lebih senanglah dia mengatur strategi untuk memikat Adiya. Adiya pula hanya dapat tahu 'Charming' adalah majikannya apabila rahsia itu dibocorkan oleh adik Firdaus secara tidak sengaja.

Seperti biasa percintaan mesti ada ranjau dan durinya, Adiya merajuk dan bertindak berhenti kerja apabila dapat tahu 'Charming' dan Firdaus adalah orang yang sama. Jadi seperti cerita-cerita yang lain mesti ada proses pujuk memujuk. Nak tahu cerita selanjutnya....kenalah beli buku ni. Nanti marah pulak pernerbit kalau saya cerita banyak di sini.

Secara keseluruhan buku ni okay...tapi mungkin lebih sesuai untuk remaja atau adik-adik yang dalam 20an. Macam saya yang dah dalam 30an lebih suka buku yang lebih mencabar seperti kisah rumah tangga yang bergolak dan yang sewaktu dengannya.

Nak tahu rahsia? Saya pun berkenalan dengan suami dulu melalui internet, tetapi bercinta di luar internet. Alhamdulillah dan empat tahun kami berumah tangga. Biasalah salah faham tetap ada, tapi pandai-pandailah menyelesaikannya.

Tapi bukan semua perkenalan melalui alam maya ini memberi bibit-bibit manis. Banyak juga yang menjadi mangsa penipuan dan dikecewakan. Jadi sentiasalah berhati-hati, jangan terlalu mudah percaya. Kalau nak jumpa biarlah di tempat awam dan jangan mudah terpedaya.

Sekian. Wassalam.





Wednesday, December 2, 2009

Lama tak update Blog

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua. Lama betul saya tak update blog ni. Sebabnya...memang busy sesangat. Anak yang kecil masuk hospital buat kali ke-2 minggu lepas sebab demam panas...kerja kat ofis pun bertimbun-timbun..Alahai..

Raya Haji yang lepas ada buat Aqiqah untuk baby Auni kat kampung sebelah suami di Kodiang. Kami tak buat kenduri pun di rumah tapi tumpang kenduri yang di buat oleh Pak Lang sekeluarga...sebelah rumah tok saja..kalau dua-dua rumah buat kenduri nanti tak larat pulak orang nak datang yer.

Seronok juga balik kampung..tapi Auni asyik nangis jer, nak tinggal pun susah especially fisrt day. Mungkin dia belum biasa dengan surrounding kat sana. Second day dan seterusnya getting betterlah. Cuaca masa kami kat sana memang agak panas. Cuma masa third day aje hujan lebat pada sebelah petang.

Malamnya kami beramai-ramai ke Kuala Perlis untuk makan malam. Pak Lang belanja. Menunya sotong goreng tepung, siakap steam, jenahak bakar dan sayur campur. Rasanya boleh tahanlah. Tapi kalau sesiapa pergi ke Kuala Perlis, patut singgah makan di Restoran Linda. Ikan Jenahak bakar dia memang best makan dengan kari. Balik kali ni kami tak sempat sebab masa terlalu singkat.

Nasib baik Auni tidur sepanjang berada di restoran tu. So dapatlah saya dan suami makan dengan aman damai. Batriesya pula memang enjoy sakan bermain dengan sepupu-sepupu suami.

Nanti saya akan buat preview untuk "Biarlah YM Berbicara". Tak berani nak janji bila...takut mungkir lagi.
Jumpa lagi....