Thursday, December 10, 2009

Buku 4: Ku Berserah

Title : Ku Berserah
Author: Ummi Ariza
Publisher: Buku Prima Sdn Bhd
Price: RM 17.90
First Print : 2009

Novel "Ku Berserah" tulisan Ummi Ariza ini saya beli ketika berkunjung ke MPH, Section 13 Giant Shah Alam baru-baru ini. Pergi ke sana nak beli barang dapur di Giant, singgah sekejap di MPH. Belek-belek buku, ada pulak yang berkenan. Jadi terus beli.

Saya sebenarnya mencari kalau-kalau ada buku terbaru terbitan NB. Tapi tak ada pula di sana, jadi terbelilah buku Ku Berserah terbirtan Buku Prima Sdn Bhd setelah membaca sinopsisnya. Rasanya ini kali pertama saya baca buku tulisan Ummi Ariza ni. Gaya tulisannya boleh tahan, tapi rasanya saya dah pernah terbaca kisah yang seakan serupa, tetapi dah lupa apa tajuknya.

Buku ini berkisar tentang perkahwinan yang dirancang oleh kedua orang tua. Masing-masing tidak berani menolak kerana takut untuk menentang keputusan yang di ambil oleh orang tua mereka. Sebelum mereka bernikah, Fahrin dan Safiyah sering terserempak secara tidak sengaja, tetapi ketika itu mereka tidak tahu yang mereka bakal dinikahkan. Hanya waktu akad nikah barulah mereka perasan yang mereka pernah bersua muka sebelum ini.

Fahrin sebenarnya sudah terpikat dengan Safiyah sejak dari awal lagi, tambah pula isterinya itu tergolong dalam golongan cantik. Tapi kerana keegoan dan tidak dapat melupakan kekasih hati, Fahrin menetapkan tempoh perkahwinannya dengan Safiyah untuk tempoh setahun, kemudian dia akan melepaskan Safiyah. Hubungan mereka hanyalah untuk mengaburi mata orang tua mereka.

Watak dalam cerita ini tidak terlalu banyak, ianya berkisarkan kehidupan Safiyah dan Fahrin setelah mereka berpindah ke rumah sendiri. Safiyah tetap menjaga makan pakai Fahrin walaupun dia sering dikasari oleh lelaki itu. Fahrin sering berprasangka terhadap Safiyah.

Jalan ceritanya agak menarik sehingga saya tak sabar nak menghabiskannya. Saya terpaksa besekang mata tidur lewat semata-mata nak tahu kesudahannya.

Pada pendapat saya, walaupun sebuah perkahwinan itu diaturkan oleh oarang tua  atau 'arrange marriage'. Kita harus menerima pasangan kita seadanya dan berlajar untuk menyintai dan menyayangi antara satu sama lain. Jika kita sudah ada pilihan hati sebelum ini, cubalah lupakan secara perlahan-lahan. Jangan kerana sikap ego yang menebal, kita menafikan kasih sayang yang sudah berputik dengan pasangan kita.

Kalau boleh janganlah menetapkan tempoh perkawinan itu, i.e. kahwin kontrak. Jika memang tidak sefahaman walaupun telah mencuba hidup bersama barulah pertimbangkan untuk berpisah. Jangan nanti dah bercera-berai barulah menyesal. Hidup kita ini terlalu singkat untuk dipersia-siakan.

Sekian. Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment