Sejak last week memang busy memanjang...hari jumaat terpaksa cuti untuk cuci rumah sebab hari Sabtu dah nak kena angkat barang dari rumah sewa di Puncak Alam sebab owner dah jual rumah tu.
Pagi Jumaat pi beli barang kat kedai hardware, then pergi rumah Mak Cik yang nak berangkat ke Tanah Suci malam Jumaat tu. Sorrylah tak dapat hantar ke Kelana Jaya kerana masa tak mengizinkan. Start cuci rumah dalam pukul 3 ptg dan settle dah dekat 12 mlm. Tak boleh start awal sebab tangki bocor, nak kena tunggu repair dulu.
Nasib baik ada sepupu suami tolong...kalau tak tak tahulah macam mana. Esok tu angkat barang dari rumah Puncak Alam dan Shah Alam ke Kinrara...adoi penatnya...walaupun kerja mengangkat yang berat-berat dilakukan oleh orang lori..tapi tetap penat gak. Nasib baik ada kawan-kawan husband yang datang tolong angkat barang di Kinrara.
Kami kat sana sampai 12 malam, cuci bilik air dan porch. Sisa-sisa simen masih banyak, so terpaksa guna asid. Baunya menusuk hidung, nasib baik ada bekal mask kat dalam kereta.
Hari Isnin terus demam dan sakit-sakit badan. So tak dapatlah nak update book review "Aku Bukan Milly Billigan" walaupun dah habis baca hari Khamis lepas.
Banyak kerja masih belum settle...unpack belum lagi ni. This weekendlah kot..InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment