Title : Aku Bukan Billy Milligan
Author: Norhayati Berahim
Publisher: NB Kara Sdn Bhd
Price: RM 25.90
First Print : 2009
Novel ini saya beli di MPH SACC Shah Alam. Saya selalunya jarang miss buku tulisan Norhayati Berahim (NB) ni. Mulanya agak kurang yakin jugak nak beli buku ni, mungkin sebab tajuknya yang agak berbeza dari buku-buku NB yang lain. Buku terakhir karya NB yang saya baca adalah "Setiap Jumaat".
Saya nak tahu sangat siapa Billy Milligan (BM) ni, jadi saya pun search di google.com.my. Kalau siapa dah baca tulisan saya minggu yang lepas mesti dah tahu siapa Billy Milligan kan? Kalau yang belum dan berminat nak tahu bolehlah rujuk post saya terdahulu.
Novel Aku Bukan Billy Milligan (ABBM) ni mengisahkan Adam dan Laura yang dibesarkan tanpa bapa. Mereka hidup susah ketika kecil dan dan hanya mendapat kasih sayang seorang ibu. Ibu Adam meninggal dunia dan dia terpaksa meneruskan kehidupan di rumah anak yatim. Manakala Laura dan adik-adiknya dibesarkan dengan usaha tulang empat kerat ibunya.
Bila dewasa Adam dan Laura berjaya dalam kerjaya masing-masing. Disebabkan keinginan untuk berjaya dan kegetiran hidup dimasa lalu menyebabkan kedua-duanya berusaha gigih untuk merubah nasib mereka. Pengajaran utama yang boleh kita dapat bila baca buku ni adalah kita masih boleh mengecapi kejayaan dan kemewahan walaupun berasal dari keluarga yang susah.
'Hendak seribu daya,,tak hendak seribu dalih'.
Tapi saya dapati perjalanan hidup watak Laura agak
"smooth". Tidak banyak rintangan yang dihadapi, ada sahaja perkara-perkara kebetulan yang memudahkan perjalanan hidup Laura. Ada ke orang yang baru kita kenal nak bagi kereta secara percuma? Mungkin satu dalam sejuta atau berjuta-juta. Laura juga terlalu baik orangnya, sangat suka membantu dan sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. Alangkah baiknya jika kita mempunyai sahabat seperti Laura di luar sana!
Saya tak tahu watak siapa yang nak disamakan dengan BM kerana BM merupakan seorang yang mempunyai
multiple personalities yang berpewatakan kejam seperti merogol dan merompak, walhal watak-watak dalam ABBM tidak mempunyai karakter negatif seperti itu.
Mungkin watak yang paling sesuai yang mempunyai personaliti berganda dalam novel ini adalah Adam. Kenapa? Kerana penulis menggambarkan Adam sebagai seorang yang mempunyai perwatakan berbeza-beza. Sekejap dingin macam air batu, sekejap ceria, dan sekejap lagi boleh bertukar menjadi seorang yang sensitif dan kemudian sebagai seorang pemarah pula.
Secara keseluruhan saya enjoy baca buku ini, tidak terlalu jiwang, banyak pengajaran yang boleh kita pelajari terutama dari watak ibu Laura. Sebenarnya banyak lagi watak-watak lain dalam buku ini. Terlalu ramai jika nak ditulis satu persatu.
Jika nak tahu bagaimana Adam bertemu Laura dan akhirnya bersahabat dan bercinta, jangan lupa dapatkan buku ini di pasaran. Buku ini agak tebal ye, 770 halaman.
Boleh visit
http://www.nbkara.com.my/ jika nak tengok sinopsis buku-buku tulisan Norhayati Berahim dan juga penulis-penulis NB Kara yang lain.
Selamat membaca!